PETALING JAYA: Sekolah Henry Gurney (SHG) bukan untuk menoktahi masa depan pesalah muda, sebaliknya memberi peluang kepada mereka membina diri.
Pengarah SHG Telok Mas, Triyo Kurniawan Kusmadi, berkata bekas penghuni SHG tidak memikul 'cop banduan' kerana ia boleh mempengaruhi peluang menyambung pengajian, mendapatkan pekerjaan dan membina kehidupan baharu.
"Penghuni SHG tiada cop banduan, itu sangat penting. Hendak jadi sukarelawan RELA pun tidak boleh kalau ada rekod banduan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama FMT.
"Sebab itu saya selalu berbincang dengan majistret mahkamah, biarlah pesalah muda dihantar ke sini. Mereka masih ada masa depan di sini."








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftest1_716667.png&w=720&output=webp&q=72&we)