Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) ketika berkenan menyaksikan Registan Sound & Light Show di Registan Square di Uzbekistan. (Gambar Istana Arau)

KANGAR: Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) mencatat pencapaian signifikan dalam agenda penjanaan pendapatan apabila berjaya memperoleh 24 projek perundingan bernilai RM1,489,115, iaitu hampir 15 kali ganda berbanding sasaran RM100,000 yang ditetapkan.

Canselor UniSIRAJ Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pencapaian itu membuktikan keberkesanan strategi penjanaan pendapatan universiti menerusi perkhidmatan perundingan, sekali gus mencerminkan permintaan tinggi terhadap kepakaran dan kompetensi warga UniSIRAJ.