Anggota bomba mengeluarkan pemandu kereta Toyota Yaris yang terbalik selepas terlibat dalam kemalangan yang mengorban dua penunggang motosikal di Kampung Teluk Sareh dekat Kampung Gajah, Perak awal pagi ini. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh dekat Kampung Gajah, Peral awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira 4.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Kampung Gajah digerak ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan itu sebuah kereta Toyota Yaris dan sebuah motosikal Yamaha Y15 yang dinaiki dua mangsa berkenaan.