Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
AGENDA Malaysia Biru diperkenal Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO 2026 baru-baru ini, menjadi dokumen penting dalam menentukan hala tuju parti selepas ini.
Ia bukan sekadar sebuah manifesto bermusim menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya pelan hala tuju meletakkan asas bagi kelangsungan Malaysia untuk tempoh 30 tahun akan datang, seiring usia 100 tahun UMNO kelak.
Jelas, UMNO dilihat berganjak daripada retorik politik kepada menyatakan hala tuju negara dalam kerangka lebih luas.
Cabaran politik semasa menuntut UMNO bergerak setapak lebih ke hadapan, berpaksi sumbangan dan peranannya sejak sebelum merdeka sebagai pejuang nasionalisme dalam membawa perubahan kepada






