KUALA LUMPUR: Penyanyi Amir Masdi tampil menjelaskan dakwaan wujud salah faham dengan kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) selepas dia tidak kelihatan di pentas ketika mereka menerima trofi Kugiran Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25, baru-baru ini.

Amir, 29, berkata, ketiadaannya di pentas bukan disebabkan berkecil hati atau mempunyai masalah dengan SOG, sebaliknya dia ketika itu berada di belakang pentas untuk membuat persiapan bagi persembahan seterusnya.

Katanya, dia juga tidak mengambil hati apabila SOG terlupa menyebut namanya ketika ucapan kemenangan kerana menganggap trofi berkenaan adalah milik kumpulan terbabit.

"Tak ada langsung isu dengan SOG. Ada dua insiden yang orang salah faham. Satu, saya tak naik. Satu lagi, SOG terlupa nak sebut nama saya, tetapi saya okey.