“Betulkah Tya sombong?”
Berikut pertanyaan sesetengah orang yang berpandangan bekas pelakon Indonesia dan usahawan, Tya Arifin seorang yang sombong.
Jelas pemilik nama sebenar Nurtria Wulandri Arifin, dia tidak pernah sombong kerana dibesarkan dalam keluarga yang sederhana.
“Sejujurnya, dari dalam hati saya, saya tak pernah berniat macam itu kerana saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana.
“Permulaan saya tak mudah dan masih jauh. Jadi untuk menjadi sombong itu bukan niat saya,” jelasnya dalam Thread.






