Manchester: Sir Alex Ferguson berharap dipanjangkan usia untuk menyaksikan pembukaan stadium baharu Manchester United yang bakal menggantikan Old Trafford.

Legenda berusia 84 tahun itu mengakui terfikir sama ada beliau sempat melihat stadium berkapasiti 100,000 penonton itu dibuka.

"Saya tertanya-tanya sama ada saya masih ada untuk meraikan pembukaannya.

"Saya harap pembinaan dapat dimulakan segera kerana jika mengambil masa lima tahun, usia saya sudah menghampiri 90 tahun.

"Bagaimanapun, saya tahu saya akan berada di majlis itu dalam apa cara sekalipun, sama ada secara fizikal atau sebagai kenangan," katanya dalam buku Games of My Life.