Hamilton: Datuk Bandar New York Zohran Mamdani menyoroti "pembabitan" Amerika Syarikat (AS) dalam genosid di Semenanjung Gaza pada Rabu sempena ulang tahun ketiga serangan pada 7 Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi.
"Hari ini amat menyakitkan bagi ramai warga New York," kata Mamdani dalam satu hantaran di platform media sosial X. "Kami berkongsi kesedihan bersama ramai rakan dan jiran yang masih menanggung kehilangan yang tidak terbayangkan itu."
Beliau berkata penderitaan "tidak bermula dan tidak berakhir pada hari itu", sambil merujuk kepada genosid Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 74,000 rakyat Palestin, termasuk lebih 21,000 kanak-kanak.
"Ramai warga New York sedang bergelut menghadapi kesedihan yang tidak tertanggung ini dan kita berkabung bersama mereka namun kita sedar wang cukai kita juga yang membiayai jenayah perang ini," katanya.








