SEREMBAN: Pembinaan jalan baharu menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan Bandar Enstek di Nilai, dekat sini, dapat memperkukuh dan melengkapkan prasarana pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim, berkata kerajaan negeri menyambut baik projek berkenaan kerana kemudahan laluan itu mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan kawasan berkenaan.

Katanya, laluan baharu itu juga kelak dapat menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Sembilan.

"Rancangan Kerajaan Pusat untuk membina jalan baharu menghubungkan antara KLIA-Enstek sesuatu yang bermakna bagi kerajaan negeri kerana pembinaan itu nanti bakal menjadi pelengkap kepada pembangunan MVV.