PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 merupakan hasil pengurusan kewangan negara yang baik, dengan penjimatan yang diperoleh kini dapat dipulangkan semula kepada rakyat dan bukan hanya dinikmati golongan tertentu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan perlu menyelesaikan keutamaan kewangan negara terlebih dahulu, sebelum mempunyai keupayaan lebih besar untuk menyalurkan hasil penjimatan kepada rakyat.
“Sebab itu orang tanya saya, kenapa tidak boleh buat dua tahun yang lalu? Kita ambil dan kita selesaikan ikut urutan keutamaan iaitu yang disebut awlawiyah yang utama kena betulkan dahulu.
“Wang mesti dijimatkan, jangan boros, jangan hilang, jangan tiris…sekarang dah terkumpul, Jadi daripada terkumpul itu, boleh pulang kepada rakyat, bukan pulang kepada elaun menteri,” kata beliau dalam wawancara khas Belanjawan Madani 2027, di sini, hari ini.









