PETALING JAYA: Polis menahan lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian menyerang seorang penduduk menggunakan senjata berbahaya di sebuah taman perumahan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.03 pagi semalam, daripada seorang lelaki warga tempatan yang mendakwa diserang beberapa individu.
Beliau berkata, polis turut mengesan video berkaitan insiden berkenaan yang tular di media sosial.
"Hasil siasatan, polis menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian bagi membantu siasatan.









