KUCHING: Kuching City FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Kelantan City FC dengan agregat 4-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak meneruskan kemaraan dalam saingan piala domestik selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi pertama.

Beraksi di laman sendiri, The Cats tampil agresif sejak wisel permulaan dengan menguasai permainan serta melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan pelawat.

Percaturan Aidil yang mempertaruhkan formasi 4-3-3 membuahkan hasil apabila Kuching City membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi tandukan Yuki Tanigawa hasil sepakan penjuru Nazmi Faiz.