PETALING JAYA – Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) akan membuat pemakluman tentang status operasi sekolah, setiap hari berdasarkan data bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengarahkan PPN menubuhkan Jawatankuasa Petugas Pemantau Jerebu bagi tujuan tersebut.
“Ia melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Jawatankuasa ini akan memantau indeks IPU jerebu mengikut ketetapan masa pada setiap hari.
“Berdasarkan maklumat dan data oleh jawatankuasa ini, PPN akan membuat keputusan sama ada sekolah beroperasi seperti biasa atau secara BDR-PdPr,” kata kenyataan itu, hari ini.









