SINGAPURA: Max Verstappen tampil cemerlang meraih petak pertama yang sangat penting bagi Grand Prix (GP) Singapura, sekali gus meneruskan dominasinya di Litar Marina Bay yang terkenal dengan kesukaran untuk memotong.

Pemandu Red Bull yang memenangi perlumbaan pecut sebelum itu mencatatkan masa sepusingan pantas 1 minit 31.373 saat untuk menewaskan gandingan Ferrari, Charles Leclerc dan Lewis Hamilton, manakala pendahulu kejuaraan, Kimi Antonelli berada di tempat keempat bersama Mercedes.

Juara dunia bertahan, Lando Norris mencatatkan masa kelima terpantas buat McLaren manakala George Russell di tempat keenam.

Bagaimanapun, Russell akan bermula dari petak paling belakang selepas dikenakan penalti akibat menggunakan terlalu banyak komponen baharu.