saifulaffendy@hmetro.com.my
Sepang: Dua pemandu berpengalaman, Max Verstappen dan Lewis Hamilton mencuri tumpuan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila mendominasi sesi kelayakan Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain, hari ini, sekali gus membuka peluang untuk Verstappen menamatkan penantian kemenangan pertama musim ini pada perlumbaan esok.
Verstappen yang juga juara dunia empat kali menyambar petak pertama buat kali pertama musim ini, selepas mencatat masa terpantas 1 minit 35.130 saat (s), manakala pemandu Ferrari, Hamilton yang memiliki tujuh gelaran dunia mengisi petak kedua dengan catatan 1:35.428s.
Rakan sepasukan Verstappen dalam pasukan Red Bull Racing, Isack Hadjar mencatatkan masa ketiga terpantas iaitu 1:35.558s, namun dia akan bermula di petak kelapan esok, kerana dikenakan penalti apabila sudah melebihi jumlah enjin yang dibenarkan untuk digunakan sepanjang musim.









/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)