Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata amalan tatakelola yang baik membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada rakyat. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)PUTRAJAYA: Belanjawan 2027 merupakan hasil pengurusan kewangan negara yang baik, dengan penjimatan yang diperoleh kini dapat dipulangkan semula kepada rakyat dan bukan hanya dinikmati golongan tertentu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata kerajaan perlu menyelesaikan keutamaan kewangan negara terlebih dahulu sebelum mempunyai keupayaan lebih besar untuk menyalurkan hasil penjimatan kepada rakyat.
"Orang tanya saya kenapa tidak boleh buat dua tahun yang lalu? Kita selesaikan ikut urutan keutamaan iaitu yang disebut 'awlawiyah'. Yang utama kena betulkan dahulu.







