SKMM rakam percakapan seorang individu dalam siasatan ke atas kandungan disyaki menghina agama Islam.KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan siasatan terhadap seorang individu susulan kandungan disyaki menghina agama Islam, yang dimuat naik menerusi Facebook.
SKMM memaklumkan bahawa kandungan itu berkait penggunaan perkataan 'lighad', yang merujuk kepada ayat 18 Surah al-Hashr, dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.
"Kandungan tersebut didakwa mempersenda ayat suci al-Quran, hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," menurut kenyataan.
SKMM memaklumkan pihaknya telah merakam percakapan individu berkenaan bagi membantu siasatan, serta menyita satu unit telefon bimbit dan e-sim untuk tujuan pemeriksaan forensik.







