Pemuda Umno Johor yakin kerja dari rumah atau waktu kerja fleksibel akan meringankan beban ibu bapa bekerja ketika sekolah ditutup berikutan jerebu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pemuda Umno Johor menyarankan majikan supaya melaksanakan kerja dari rumah atau waktu kerja fleksibel bagi ibu bapa yang terkesan akibat penutupan sekolah berikutan jerebu.

Ketuanya, Noor Azleen Ambros, berkata ramai ibu bapa dalam dilema kerana diwajibkan hadir ke tempat kerja sedangkan anaka-anak terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan.

"Keputusan menutup sekolah demi melindungi kesihatan murid wajar disokong sepenuhnya. Namun, keputusan itu turut meletakkan beban tambahan kepada ibu bapa yang bekerja," menurut kenyataan.