Kementerian Pendidikan arah pengarah pendidikan negeri tubuh jawatankuasa petugas pemantau jerebu untuk pantau IPU setiap hari. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan kepada pengarah pendidikan negeri untuk membuat keputusan tentang status operasi sekolah, berikutan jerebu yang buruk ketika ini.

KPM berkata ia mengarahkan pengarah pendidikan negeri untuk menubuhkan jawatankuasa petugas pemantau jerebu untuk memantau indeks pencemar udara (IPU) pada setiap hari. Jawatankuasa ini melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

"Berdasarkan maklumat dan data oleh jawatankuasa ini, pengarah pendidikan negeri akan membuat keputusan tentang status operasi sekolah sama ada sekolah beroperasi seperti biasa atau sekolah beroperasi secara bekerja dari rumah-pengajaran dan pembelajaran di rumah," menurut kenyataan.