IPOH – Keputusan sama ada sekolah di Perak akan ditutup susulan jerebu bergantung pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, setakat ini, penutupan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar.

Katanya, penutupan itu dilaksanakan selepas bacaan IPU melepasi paras 180 iaitu tahap tidak sihat, semalam.

“Untuk sesi persekolahan pada Isnin nanti, bacaan IPU akan diambil pada hari Ahad.