PETALING JAYA – Kelibat seekor harimau yang didakwa berkeliaran di tepi jalan berhampiran Simpang Bukit Fraser, menghala ke Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya.
Berdasarkan maklumat yang tular, harimau itu dikatakan dikesan kira-kira satu kilometer dari Simpang Bukit Fraser, di kawasan Trek Gus Gap Chorocco.
Pengguna jalan raya, khususnya pengunjung dan pendaki yang melalui laluan berkenaan, dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mengambil risiko sekiranya terserempak dengan haiwan liar itu.
Bagaimanapun, keadaan fizikal haiwan liar itu yang kelihatan kurus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.








