KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, sekarang saya sudah bergelar suami kepada pasangan tercinta saya, Bella."
Demikian luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, selepas sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, 32, dengan sekali lafaz.
Mengulas detik akad nikahnya, Syed Saddiq mengakui biarpun terbiasa berdepan perdebatan di Parlimen, situasi berbeza dirasainya pada hari bahagia itu sehingga membuatkannya berasa gementar.
"Sebelum ini ada (rasa) gementar juga, ingat over confident (terlalu yakin). Debat tak ada masalah, di Parlimen tak ada masalah. Tapi (akad nikah) tadi gementar juga, rasa bergegar juga tangan.









