GUA MUSANG: Jalan Gua Musang-Kota Bharu, di sini ditutup kepada semua kenderaan hari ini susulan lubang benam yang terbentuk di FT09 di laluan berkenaan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.05 pagi berhampiran Taman Rekreasi KESEDAR, membabitkan kedalaman lapan meter.
Susulan itu, semua kenderaan dan pengguna disaran menggunakan laluan alternatif iaitu melalui Jalan Pulai ke Bandar Baru Gua Musang.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo menasihatkan pengguna berhati-hati dan mengikuti arahan dikeluarkan pihak berwajib.








