GUA MUSANG: Laluan FT08 jajaran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar di sini, ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku kejadian lubang benam hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.05 pagi melibatkan kawasan berukuran kira-kira lapan meter (m) kedalaman dan sembilan meter panjang.
Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dan Roadcare (M) Sdn. Bhd, lokasi kejadian membabitkan laluan FT08 di Seksyen 205.556 hingga 205.564 di jajaran projek LTU Pakej 3B dan 3C.
Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui FT2747 iaitu Jalan Pulai ke Bandar Baru Gua Musang.








