Zulkifli HasanKUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan supaya tidak menjadikan al-Quran sekadar bacaan dan hafazan, sebaliknya menghayati serta mengamalkan ajarannya sebagai panduan dalam membentuk pemikiran, nilai, akhlak dan kehidupan seharian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, hubungan umat Islam dengan al-Quran tidak seharusnya bersifat luaran semata-mata kerana tuntutan yang lebih utama adalah menjadikan kitab suci itu sebagai sumber pedoman dalam setiap keputusan dan tindakan.

Zulkifli berkata, Allah SWT menurunkan al-Quran untuk diselami dasar maknanya, dihayati dan diamalkan tuntutannya, serta dijadikan petunjuk dalam setiap langkah kehidupan.

“Dengan kefahaman ini, jelaslah bahawa hubungan kita dengan al-Quran tidak boleh bersifat luaran atau kosmetik semata-mata. Memperindah bacaan hanyalah sebahagian kecil daripada tuntutan.