PUTRAJAYA – Isu jerebu rentas sempadan antarabangsa ekoran kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia disifatkan telah menjadi krisis tahunan yang parah dan tidak boleh dianggap sebagai masalah domestik semata-mata.
Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, impak masalah itu telah melangkaui sempadan negara selain menjejaskan kesihatan awam, melumpuhkan sektor ekonomi, mengganggu pendidikan dan mengancam kelangsungan hidup hidupan liar serta ekosistem serantau.
Katanya, Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) mesti dilaksanakan dengan penguatkuasaan tegas dan segera kerana kel








