PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias menafikan pihaknya mempunyai perancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Beliau menegaskan dakwaan bahawa beliau akan mengemukakan usul berkenaan juga adalah tidak benar.
“Dakwaan kita mahu buat undi tidak percaya kepada Menteri Besar adalah tidak benar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Penafian itu susulan laporan media yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tersebut, dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepimpinan pusat parti.









