Ismail Lasim angkat sumpah jawatan sebagai MB Negeri Sembilan pada 2 Ogos susulan PRN, namun pentadbiran beliau dibayangi krisis perlembagaan berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Umno Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Ismail Lasim pada sidang DUN akan datang, menurut sumber.

Sumber yang enggan dinamakan itu mendakwa usul itu akan dikemukakan oleh Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias, yang juga Adun Pertang.

"Keputusan kini terletak pada kepimpinan pusat Umno," katanya kepada FMT.

Beliau menambah, barisan baharu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) juga mungkin diumumkan sekiranya langkah itu diteruskan.