Antara inisiatif Belanjawan 2027 yang dibentangkan semalam termasuk cuti bersalin lebih panjang buat penjawat awam dan pelepasan cukai bagi penjagaan selepas bersalin. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: All Women’s Action Society (Awam) menggesa Ahli Parlimen meneliti Belanjawan 2027 menerusi lensa jantina apabila ia dibahaskan dalam beberapa minggu akan datang, menegaskan ia masih belum mencukupi untuk menangani isu berlarutan yang membelenggu wanita.
Presiden Awam Lai Suat Yan berkata, walaupun belanjawan kali ini membawa beberapa penambahbaikan, termasuk bantuan tambahan untuk kerja penjagaan, peruntukan cuti bersalin lebih baik serta penaiktarafan kemudahan asuhan di premis kerajaan, ia secara keseluruhannya tetap 'mengecewakan'.







