yusri.muzamir@bh.com
Kuala Lumpur: Pelantikan penyelaras Parlimen bukan bertujuan menggantikan fungsi Ahli Parlimen, selain perjawatan berkenaan tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud berkata, perjawatan itu sebaliknya bertujuan memperkukuh penyelarasan pelaksanaan projek pembangunan, program komuniti serta penyampaian bantuan kerajaan.
Beliau berkata, pelantikan itu tertakluk pertimbangan dan persetujuan Perdana Menteri berdasarkan keperluan di kawasan berkenaan.
"Pelantikan penyelaras Parlimen tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan.








