SUNGAI PETANI: Seramai 42 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) Kedah dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di daerah ini kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.
Imigresen Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua yang ditahan membabitkan lelaki berusia antara 24 hingga 54 tahun dan dipercayai tidak memiliki dokumen atau pas yang sah.
Tangkapan itu dilakukan menerusi operasi Ops Sapu oleh Unit Tindakan, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah yang membabitkan 21 pegawai.
Dalam operasi itu, seramai 47 warga asing daripada pelbagai kewarganegaraan diperiksa di lokasi berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 42 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.










