Washington: Meta, pemilik Facebook dan Instagram, melarang iklan oleh ByteDance, syarikat induk TikTok dari China, di platformnya di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain, menurut jurucakap syarikat itu pada Khamis.

Langkah itu meningkatkan persaingan berpanjangan antara Meta dan ByteDance, yang aplikasi perkongsian video TikTok muncul sebagai antara pesaing paling sengit Meta dalam menarik pengguna, pencipta kandungan dan pendapatan pengiklanan.

Larangan itu berkuat kuasa serta-merta di AS, Kanada, Mesir, Indonesia, Jepun, Thailand dan Vietnam.

Ia turut meliputi pengiklan pihak ketiga yang menjalankan kempen dengan pautan ke TikTok dan platform ByteDance lain di negara berkenaan, menurut Meta.