sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 di Bukit Jalil yang dijadualkan berlangsung esok (Sabtu) ditangguhkan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan rasmi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas perbincangan terperinci bersama agensi kerajaan berkaitan dengan mengambil kira aspek kesihatan awam dan keselamatan semua pihak.

Menurut KBS, keputusan berkenaan dibuat atas nasihat dan persetujuan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai langkah proaktif bagi mengelakkan risiko kesihatan kepada peserta, penganjur dan orang ramai.

KBS turut menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keadaan jerebu yang sedang melanda negara.