am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Dendam akibat cinta ditolak dipercayai menjadi motif utama pembunuhan pelajar perempuan 16 tahun, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan meninggal dunia di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, 3 Oktober lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dapatan itu diperoleh hasil siasatan lanjut dan risikan dijalankan pihak polis terhadap suspek yang juga rakan sekelas mangsa.
"Berdasarkan siasatan terkini, polis percaya motif pembunuhan adalah berpunca daripada perasaan dendam suspek terhadap mangsa kerana menolak cintanya. Mangsa dikatakan menjalin hubungan dengan kawan baik suspek sendiri.
"Bagaimanapun, motif ini akan terus diperhalusi dalam siasatan yang masih dijalankan.









