KLANG - "Saya tahu salah, tapi majikan kata bawa saja perlahan-lahan,".Itu rata-rata alasan penunggang motosikal warga asing yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Meru di sini pada Jumaat.Seorang etnik Rohingya berkata, dia bekerja di Pasar Borong Meru dengan upah RM60 sehari."Hari ini bos suruh saya hantar ayam ke rumah 'customer'...bos memang biasa pesan bawa motosikal perlahan-lahan saja. Motosikal ini memang dia punya."Rumah pelanggan depan ini sahaja cik, tak jauh," dakwa lelaki itu yang sudah berada di Malaysia sejak 11 tahun lalu.Selain itu, seorang etnik Rohingya yang ditahan ketika memandu lori cuba menafikan dia bekerja sebagai pemandu."Memang saya kerja dengan bos...upah RM55 sehari. Hari ini cuma hendak pergi beli makanan saja, bukan kerja bawa lori," katanya.Sinar Harian yang berpeluang mengikut Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) bermula jam 6.30 pagi itu mendapati, kebanyakan warga asing ini hanya mampu terkedu selepas kenderaan ditahan dan diajukan pertanyaan pemilikan lesen memandu.Penunggang motosikal itu hanya mampu menunjukkan dokumen lain seperti pasport.Bahkan ada yang menunjukkan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi meraih simpati agar dilepaskan dan tidak dikenakan tindakan.Ada antara penunggang terbabit ditahan dengan membonceng rakan lain, membawa muatan barang basah, makanan selain peralatan memotong rumput.Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pihaknya menyita 51 kenderaan membabitkan 47 motosikal, sebuah kereta, dua lori dan satu lagi lain-lain hasil pemeriksaan 131 kenderaan keseluruhan.Menurutnya, sebanyak 323 kesalahan dikesan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan kesalahan teknikal."Warga asing yang ditahan kebanyakan melibatkan Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India serta Pakistan."Antara pekerjaan mereka ialah pengutip besi buruk dan sampah, penghantar barangan serta tukang mesin rumput," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi di sini pada Jumaat.Tegasnya, JPJ Selangor tidak mahu aspek keselamatan jalan raya dipandang ringan."Majikan, pemilik dan pemandu kenderaan juga mempunyai tanggungjawab. Jangan hanya mengambil kira kos tenaga kerja tetapi mengabaikan aspek kelayakan dan keselamatan. Sekiranya seseorang itu tidak layak memandu, jangan serahkan kenderaan kepada mereka," ujarnya.
'Saya tahu salah tapi majikan suruh bawa perlahan-lahan'

Key takeaways
Warga asing ditahan JPJ kerana memandu tanpa lesen. Mereka mengaku bekerja dengan bos dan diberi arahan untuk bawa perlahan.
- Warga asing ditahan semasa operasi JPJ di Meru.
- Banyak warga asing tidak memiliki lesen memandu.
- JPJ menyita 51 kenderaan selepas pemeriksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dia tak tunjuk, tapi saya tahu dia menahan sakit – Amyza Aznan
- Sinar Harian 'Saya tahu salah tapi majikan suruh bawa perlahan-lahan' (this story)








