KUALA LUMPUR – Taktik menjadikan ruang parkir awam termasuk pusat beli-belah sekitar Lembah Klang sebagai lokasi penyerahan dadah kepada pembeli terbongkar selepas polis menumpaskan satu sindiket menerusi Op Tongkol pada 1 Oktober lalu.Dalam operasi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas dadah jenis methamphetamine seberat 111.7 kilogram (kg) dan heroin seberat 0.4kg yang dianggarkan bernilai RM5.6 juta.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 49 tahun ditahan dalam empat siri serbuan di sekitar Selangor."Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Julai lalu."Modus operandi sindiket ini adalah dengan membawa bekalan dadah menggunakan kereta dan menjadikan ruang parkir di pusat membeli-belah sekitar Lembah Klang sebagai lokasi penyerahan dadah kepada penerima," katanya.Beliau berkta demikan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.Beliau berkata, semua suspek direman selama 14 hari bermula 2 Oktober hingga 15 Oktober ini bagi membantu siasatan."Hasil semakan mendapati suspek ketiga mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah," katanya.Hussein berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Beliau menegaskan, JSJN akan terus mempergiat operasi secara agresif, berfokus dan berimpak tinggi bagi melumpuhkan rangkaian sindiket pengedaran dadah di negara ini."Segala bentuk aktiviti jenayah berkaitan dadah akan dibanteras habis-habisan sehingga rangkaian sindiket dapat dilumpuhkan sepenuhnya."JSJN komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang, dadah adalah musuh nombor satu negara," katanya.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222.
Parkir pusat beli-belah lokasi serahan dadah dibongkar

Key takeaways
Polis menumpaskan sindiket dadah yang menggunakan ruang parkir pusat beli-belah sebagai lokasi penyerahan dadah.
- Polis merampas 111.7kg methamphetamine dan 0.4kg heroin bernilai RM5.6 juta.
- Tiga lelaki tempatan ditahan dalam operasi Op Tongkol pada 1 Oktober.
- Suspek direman 14 hari untuk membantu siasatan kes dadah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Warga emas didakwa rogol gadis dalam tandas pusat beli-belah
- Free Malaysia Today Kenderaan 4×4 dipercayai punca kebakaran di parkir pusat beli-belah, kata bomba
- Sinar Harian Parkir pusat beli-belah lokasi serahan dadah dibongkar (this story)









