harisfadli@hmetro.com.my

Klang: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan mengadakan operasi besar-besaran bagi membanteras bukan sahaja pemandu warga asing (Pewa), malah pemilik atau majikan yang membenarkan golongan itu menggunakan kenderaan.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kehadiran Pewa tanpa lesen sah di negeri itu dan antara kawasan 'panas' termasuk di Klang, Selayang, Ampang, Subang Jaya, dan Puchong.

"Bukan sahaja pemandu, pemilik semua kena tindakan. Sebab kes Pewa ini tiada kompaun diberikan, kita bawa terus ke mahkamah, selesai di mahkamah baru boleh keluarkan kenderaan yang disita. Jadi pemilik kena hadir ke mahkamah.