rizar@mediaprima.com.my
Johor Bahru : Pengendali PKR Svay Rieng FC, Matthew McConkey menegaskan kekalahan besar 0-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Kumpuan B saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee musim 2026/2027 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam sebagai satu keputusan sukar diterima.
Pengendali kelahiran Ireland Utara itu juga mendedahkan corak permainan barisan pemainnya serba tidak menjadi selain kesilapan individu yang dilakukan skuad yang bergelar The Blue Swords menjadi punca mudah diratah barisan pemain Harimau Selatan.
Beliau menegaskan persembahan hambar anak buahnya terutamanya pada separuh masa kedua memberi ruang mudah kepada barisan pemain JDT yang jelas menguasai permainan dan pantas mengambil kesempatan untuk menambah lima lagi gol selepas sekadar ketinggalan 0-1 pada babak pertama.










