am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Ibu Zara Qairina Mahathir menegaskan di Mahkamah Koroner di sini, hari ini bahawa beliau tidak bersetuju dengan klasifikasi polis yang mengkategorikan kematian anaknya sebagai kes mati mengejut (SDR).

Noraidah Lamat berkata, itu yang mendorong beliau membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan sewajarnya.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ram Singh di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada prosiding inkues kematian pelajar berkenaan.

Ram: Boleh puan bersetuju bahawa selepas siasatan dijalankan, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR)?