rizar@mediaprima.com.my
Johor Bahru : Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan kejayaan skuad bimbingannya membelasah PKR Svay Rieng dalam aksi Kumpuan B saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee musim 2026/2027 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam amat berbaloi.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, segala perancangan taktikal dengan menganalisis corak permainan skuad kendalian Matthew McConkey nyata beri impak terhadap persembahan barisan pemain JDT yang jelas mendominasi permainan sepanjang 90 minit perlawanan.
"Hasil daripada analisis yang kami lakukan jelas menunjukkan pasukan lawan beraksi amat berbeza berbanding musim lalu dan kami sudah bersedia untuk berdepan mereka apabila mereka menggunakan taktikal kawalan satu lawan satu dan cuba menyekat pergerakan barisan pemain tengah JDT.










