KETUA jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz memuji prestasi dan semangat juang anak buahnya selepas mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas kelab Kemboja, PKR Svay Rieng FC, dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) 2026/2027 di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi.Walaupun baru kembali beraksi selepas tempoh rehat aksi antarabangsa yang panjang, Munoz tetap berpuas hati dengan cara pasukannya mengawal permainan."Tahniah kepada pemain kerana mereka telah mempamerkan prestasi luar biasa. Selepas berehat panjang tanpa perlawanan, mereka tetap beraksi dengan tenaga, kekuatan dan semangat juang yang sama," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.Munoz berkata, keupayaan pasukan mencipta banyak peluang jaringan menjadi kunci kepada kemenangan tersebut, meskipun JDT hanya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama."Perkara paling penting pemain kita mampu mencipta peluang. Mereka yakin dengan corak permainan sendiri, dan jaringan mula hadir pada separuh masa kedua," katanya.Sementara itu, ketua jurulatih PKR Svay Rieng FC Matthew Mervyn Mcconkey kecewa dengan kekalahan besar pasukannya, sambil menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima berikutan kesilapan individu yang merugikan pasukan."Kami terlalu banyak melakukan kesilapan individu malam ini. Kalah 0-6 sesuatu yang tidak boleh diterima oleh kelab, tidak kira siapa pun lawan yang dihadapi," katanya.Beliau mengakui JDT meningkatkan mutu permainan pada separuh masa kedua sedangkan pemainnya mula hilang tumpuan."JDT sebenarnya boleh menjaringkan lebih banyak gol pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, mereka bermain dengan jauh lebih baik, sedangkan tahap permainan kami merosot. Apabila kita melakukan kesilapan ketika menentang pasukan yang kuat, mereka pasti akan menghukum kita," katanya.Bagaimanapun, Metthew berkata pasukannya akan memperbaiki segala kelemahan dan bekerja lebih keras sebagai persediaan menghadapi perlawanan seterusnya. - Bernama
ACC: Xisco Munoz puji prestasi JDT belasah PKR Svay Rieng FC

Key takeaways
Xisco Munoz memuji prestasi JDT yang menang 6-0 ke atas PKR Svay Rieng FC dalam ACC 2026/2027.
- JDT menang besar 6-0 walaupun hanya unggul 1-0 pada separuh masa pertama.
- Munoz berpuas hati dengan semangat dan keupayaan pasukannya mencipta peluang jaringan.
- Ketua jurulatih PKR Svay Rieng FC kecewa dengan kekalahan dan kesilapan individu pasukannya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Bernama
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian JDT harus menang aksi pertama ACC
- Berita Harian Munoz mahu pemain JDT elak bolos
- Utusan Malaysia ACC Piala Shopee: JDT ‘bedil’ PRK Svay Rieng 6-0 di SSI
- Sinar Harian ACC: Xisco Munoz puji prestasi JDT belasah PKR Svay Rieng FC (this story)









