KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 hari ini, dengan pelabur memantau langkah-langkah untuk menyokong industri strategik dan perbelanjaan isi rumah.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.14 mata kepada 1,602.15 daripada 1,601.01 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka tinggi 1.93 mata kepada 1,602.94.

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 233 berbanding 216 manakala 284 kaunter tidak berubah, 2,095 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 326.93 juta unit bernilai RM155.22 juta.