PETALING JAYA: PAS digesa menggunakan tempoh menjelang Belanjawan 2027 untuk membentangkan pelan ekonomi negara yang menyeluruh, bukan sekadar mengetengahkan tekanan fiskal yang perlu ditangani Putrajaya.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata Ahli Parlimen PAS perlu memainkan peranan lebih tegas dengan meneliti belanjawan serta mengemukakan hujah berasaskan fakta, penyelidikan dan cadangan alternatif.
Katanya, perkara itu lebih penting memandangkan PAS mempunyai blok Ahli Parlimen terbesar daripada satu parti di Dewan Rakyat, selain menjadi suara utama pembangkang.






