ADA satu detik dalam kalendar negara sentiasa mengundang perhatian rakyat, dunia perniagaan dan pelabur iaitu pembentangan belanjawan. Esok, perhatian sekali lagi akan tertumpu ke Dewan Rakyat apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membentangkan Belanjawan 2027, belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Bagi rakyat, apa yang ditunggu bukan berapa besar angka peruntukan bakal diumumkan, tetapi apa maknanya kepada kehidupan mereka. Apakah kos sara hidup dapat terus ditangani. Bagaimana setiap pendapatan dan peluang pekerjaan berkualiti dapat ditingkatkan.
Apa pula akan ditumpukan kerajaan dalam aspek pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan dan perkhidmatan awam yang sejak kebelakangan ini menjadi ujian besar kepada pemerintah.








