PUTRAJAYA- Pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat ini dijangka memberi limpahan ekonomi luar biasa kepada rakyat negara ini, terutama golongan pekerja daripada kategori M40 dan B40 selain golongan belia termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, limpahan ekonomi itu dijangka hadir menerusi suntikan fiskal dalam bentuk bantuan tunai secara langsung serta pelbagai insentif lain.
Menurut beliau, langkah berkenaan mampu merancakkan ekonomi tempatan kerana ia dapat memastikan rakyat masih berkemampuan untuk berbelanja dan menjalani kehidupan dengan tenang tanpa terlalu tertekan susulan peningkatan kos sara hidup setiap tahun.









