BELANJAWAN 2027 akan dibentangkan ketika Malaysia berdepan persekitaran global semakin mencabar, termasuk ketegangan geopolitik, ketidaktentuan harga minyak dan perkembangan teknologi yang pantas.
Dalam menghadapi realiti ini, Belanjawan 2027 perlu mengekalkan keseimbangan antara membantu rakyat menangani tekanan semasa, memperkukuh kedudukan fiskal negara dan menyediakan asas pertumbuhan ekonomi mampan.
Malaysia memulakan fasa ini daripada kedudukan yang baik berbanding beberapa tahun lalu. Ekonomi negara berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, manakala kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada suku pertama 2026.
Pelaburan diluluskan pula mencecah RM431.1 bilion pada 2025, sementara jumlah perdagangan negara mencecah RM3.06 trilion.










