SEREMBAN – Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan tetap akan diteruskan walaupun tanpa barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, pembentangan belanjawan tidak semestinya memerlukan kewujudan Exco kerana penyediaannya dilakukan oleh jabatan kerajaan negeri.

“Boleh (bentang). Kebiasaannya, bajet itu kita bawa kepada Exco untuk endorsement,(kelulusan)bukan semestinya. Sebaiknya kita bentangkan dulu.

“Tapi boleh juga, dalam keadaan biasa, bajet yang disediakan oleh jabatan-jabatan ini akan kita bawa terus kepada Dewan,” katanya dalam sidang akhbar ketika ditemui pemberita pada Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan Penggal 2026–2028 di Seremban hari ini.