KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selepas selesai sesi soal jawab lisan.

Amir Hamzah berkata, RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua Jumaat ini, jam 3.30 petang.

Sesi perbahasan Belanjawan 2027 bagi peringkat dasar dijadual berlangsung selama lapan hari, daripada 12 hingga 22 Oktober ini, diikuti jawapan oleh Menteri daripada 26 hingga 29 Oktober.

Seterusnya, sesi perbahasan Belanjawan 2027 bagi peringkat jawatankuasa akan berlangsung selama 14 hari, iaitu daripada 2 hingga 26 November.