MELAKA – Semua sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh Melaka akan ditutup esok susulan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ke tahap tidak sihat.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pemantauan berterusan serta laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bacaan IPU di kawasan utama negeri berkenaan melepasi paras 150.
Menurut kenyataan itu, penutupan sekolah pada esok dibuat bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah sentiasa terjamin.
“JPN Melaka bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah akan terus memantau keadaan jerebu dari semasa ke semasa berdasarkan garis panduan ditetapkan KPM.









