KUCHING - Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 32.73 kilogram (kg) dadah jenis pil Eramin 5 dianggarkan bernilai RM3.3 juta dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini pada 28 September lepas.Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, kedua-kedua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditangkap di balai ketibaan KIA dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak.Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching melalui penerbangan untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini."Kedua-dua suspek dipercayai menerima upah RM5,000 bagi kegiatan berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.Saifullizan berkata, sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Ogos lepas, manakala dadah dirampas dianggarkan boleh menjejaskan sehingga 163,650 orang."Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala seorang lagi suspek negatif dadah."Suspek berusia 25 tahun yang merupakan penganggur turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk satu rekod kesalahan dadah dan dua rekod kesalahan jenayah, manakala suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah," katanya.Kedua-dua suspek direman enam hari hingga 5 Oktober lepas sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi, hingga 7 Oktober.Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 7 Oktober mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama
Dadah bernilai RM3.3 juta dirampas di KIA, dua lelaki ditahan

Key takeaways
Polis menahan dua lelaki dan merampas 32.73 kg dadah bernilai RM3.3 juta di KIA.
- Dadah dirampas dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
- Suspek berusia 25 dan 39 tahun ditahan dan dikenakan reman.
- Sindiket dadah dipercayai aktif sejak Ogos dan menjejaskan 163,650 orang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Dadah bernilai RM3.3 juta dirampas di KIA, dua lelaki ditahan (this story)
- Free Malaysia Today Polis tahan 2 lelaki bawa dadah RM3.3 juta di Kuching








